kebahagiaanku...

kebahagiaanku...
Abah,Addam,Ummi ^_^

Sunday, 17 November 2013

Kebaikkan the mother's secret ~ milk booster

Assalamualaikum..

haritu lynda dah terangkan tentang fungsi the mother's secret kan??
ok hari ni nak cerita tentang kandungan dala produk ni pula ya...
seperti yng kita sedia maklum,the mother's secret adalah gabungn makanan sunnah dan koko..

Al-Manna/ Arabic Gum/ Prebiotik Semulajadi
Moringa Oliefera/ Pokok Syurga
Fenugreek/ Halba
Honey/ Madu Lebah
Dates/ Kurma
Fennel Seed/ Jintan Manis
Malt/ Barli
Goat Milk/ Susu Kambing
Cocoa/ Serbuk Koko

ok jom kita tengok apa kebaikkanny plak ya...

1. AL MANNA / ARABIC GUM / PREBIOTIC SEMULAJADI
images-2

Al Manna ini katakan mempunyai kandungan prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu dan ianya 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu.
Al Manna ini juga diakui kaya dengan fiber diet boleh larut yang memudahkan sistem pencernaan dan sangat membantu dalam proses gastrointestinal badan. Al Manna juga mengandungi serat yang membantu mengurangkan angin dalam badan dan akan menggalakkan pembiakan bakteria sihat di dalam perut yang sangat berguna untuk mencegah kanser kolon, sembelit dan cirit-birit. Al Manna juga boleh membantu melawan penyakit kencing manis dan jantung. Kajian juga mendapati Al Manna mampu memberi rasa kenyangyang berpanjangan. Wow! Hebatnya..
Firman Allah di dalam Quran yang bermaksud:
“Dan Kami telah menaungi kamu dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu “Manna” dan “Salwa” (Burung Puyuh), (serta Kami berfirman): “, Makanlah dari makanan-makanan yang baik yang Kami telah kurniakan kepada kamu”.
{Surah Al-Baqarah, Ayat 57}

2. MORINGA OLIEFERA / POKOK SYURGA
images-3

Moringa Oliefera juga dikenali sebagai pokok magis kerana boleh dikatakan keseluruhan pokok ini mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Melalui penyedilikan saintifik moden, daun pokok ini mengandungi tujuh kali Vitamin C berbanding Oren, empat kali Kalsium berbanding susu, empat kali Vitamin A berbanding lobak merah, tiga kali Potassium berbanding pisang dan dua kali Protien berbanding kandungan di dalam yogurt. Maka tidak hairanlah sejak dulu lagi pokok Moringa Oliefera ini digunakan sebagai sumber bagi menentang kekurangan zat makanan dan kalsium dikalangan ibu yang menyusukan dan bayi mereka. Walaupun ianya telah digunakan sejak turun temurun oleh nenek moyang kita untuk ibu-ibu yang baru bersalin tetapi kajian keberkesanannya hanya dapat dibuktikan dan diperakui oleh saintis moden pada zaman ini.
Ken_Brailsford“Saya belum pernah menemui produk tumbuhan seperti Moringa Oliefera   walaupun telah lebih 30 tahun saya berkecimpung dalam industri makanan supplemen kesihatan”
 Ken Brailsford, Former President and CEO of Nature’s Sunshine
Kajian klinikal terkini mendapati Moringa juga mengandungi unsur Cytokinin. Kompaun unik ini bertindak sebagai agen tumbesaran sel dalam badan yang jelas bolehmenambah pengeluaran susu dalam badan dan mencergaskan regenerasi sel badan.

3. FENUGREEK / HALBA
images-2

Halba secara khusus diketahui digunakan untuk membantu proses penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untukmenambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian telah menunjukkan halba adalahpemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati membantu meningkatkan pengeluaran susu kepada kuantiti yang banyak.
Antara kebaikan halba yang diketahui adalah seperti berikut:
  • Diosgenine dalam halba merangsangkan penghasilan hormon estrogen dalam wanita dan oleh itu herba diakui mampu untuk menambahkan pengeluaran susu badan ibu
  • Melegakan segugut kerana bahan aktif dalam halba merehatkan otot-otot dan mengelakkannya daripada kekejangan.
  • Melegakan simptom-simptom menopause.
  • Mempermudahkan proses bersalin.
  • Membantu dalam proses penyembuhan masalah usus, cirit-birit, batuk, sakit tekak, bronkitis, mencairkan kahak, ulser, masalah kulit, melecur, bisul, ekzema, gout dan athritis.
  • Kajian terkini mendapati halba juga mampu menurunkan kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah. Ia memperlahankan penyerapan gula ke dalam perut dan merangsangkan pengeluaran insulin.
Rasulullah saw bersabda :
“Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas”
{Books of Sufi Healing m.s.58}
Pada suatu hari Rasulullah SAW menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Lalu Rasulullah SAW menyuruh dipanggilkan tabib. Maka datanglah Al Harith Ibn Qaldah untuk merawat Saad bin Abu Waqqas. Al Harith Ibn Qaldah telah mengesyorkan agar Saad bin Abu Waqqas memakan Halba dan Kurma Ajwa’. Maka dengan izin Allah, Saad bin Abu Waqqas pun sembuh dari penyakitnya itu.
Rasulullah SAW kemudiannya bersabda:
“Gunakanlah Halba sebagai ubat”
{Qamus Al-Tibb Ahad Qodamah-Mesir}

4. HONEY/ MADU LEBAH
images-2

Secara asasnya Fungsi dan Manfaat Madu Lebah adalah seperti berikut:
  • Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  • Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  • Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat membantu proses penyembuhan arthirik sendi
  • Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal yang membantu proses penyembuhan ulcer.
  • Sumber laxative yang natural dan lembut
  • Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  • Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi

Khasiat madu kepada ibu yang sedang mengandung
  • Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
  • Membantu dalam mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

Khasiat madu kepada bayi di dalam kandungan ibu
  • Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapatmembunuh kuman-kuman yang cuba menyerang janin di dalam kandungan.
  • Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
  • Bayi yang keluar akan mempunyai kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
  • Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
  • Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan memakan madu oleh para ibu yang mengandung.

Khasiat madu kepada bayi yang baru lahir (mentaknik bayi)
  • Pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan lendir perut ibu yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
  • Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman akan dapat berjalan dengan sempurna dan seterusnya menghindarkan bayi daripada sakit dan kembung perut.
  • Bayi akan membesar dengan sempurna dan sihat.

Khasiat madu kepada ibu yang baru bersalin
  • Madu lebah boleh membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan lukadalam perut atau rahim.
  • Membantu proses penghadaman dan melawaskan perut

Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Dan dari Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah; buatlah sarang dibukit-bukit, di pepohonan kayu, dan di tempat (berhampiran) yang dibina manusia.   “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,”  
{Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69}
Terdapat banyak hadis Nabi Muhammad S.A.W yang menjelaskan mengenai madu lebah. Diantaranya tentang hadis sahih iaitu:
Mengenai kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah S.A.W mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad S.A.W bersabda, “dia hendaklah diberi minum madu”. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad S.A.W menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi S.A.W berkata”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah S.A.W sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh.
{Riwayat Bukhari dan Muslim}

5. DATES/ KURMA  
images-2

Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsiumyang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.   Kurma sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin. Ia lazimnya dimakan semasa bulan Ramadhan dan mempunyai khasiat serta nilai yang tinggi dalam dunia perubatan tradisional.
Dari segi saintifik ianya amat berkesan untuk membantu dalam proses penyembuhan gangguan usus yang kronik, dimana ketidakserasian dengan gluten di dalam perut telah menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna.   Kurma mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten dalam usus kecil. Tindakbalas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”.
Nabi Muhammad SAW juga ada bersabda:
“Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)”.

6. FENNEL SEED / JINTAN MANIS  

images-2

Jintan Manis atau Fennel Seed adalah bahan utama dalam masakan orang-orang Melayu dan kaum india. Tanpa jintan manis maka kuranglah rasa kesedapan pada lauk pauk yang dimasak. Namun tahukah anda jintan manis mempunyai kehebatan tersendiri dan pelbagai khasiat di dalam perubatan. Antaranya, Ia dapat membantu dalam melegakan kesakitan dalam badan,melancarkan aliran keluar haid, memperbanyakkan susu dan membuang gas dalam usus selain mampu menurunkan berat badan dan memecahkan lemak tidak sihat dalam badan.
Jintan manis mengandungi banyak flavonoid anti-oksidan seperti kaempferol dan quercetin. Sebatian ini berfungsi sebagai anti-oksidan yang kuat dengan membantu untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya dari badan itu melindungi dari jangkitankanser kolon dan melewatkan proses penuaan.  Jintan Manis juga paling berkesan untukpencernaan, boleh membantu dalam proses mengubati kejang perut dan juga mampumelegakan sembelit. Herba ini juga dikatakan boleh merangsangkan detoksifikasi yang dapat  membantu proses penyembuhan gejala Premenstrual Syndrome (PMS) dengan mengawal hormon estrogen. Manfaat kesihatan yang lain ialah ia mampu menurun paras kolesterol ,meningkatkan sistem imun daripada penyakit, menghalang pembentukan gas dalam saluran usus, melegakan asma, batuk dan tonik untuk buah pinggang. Herba ini boleh dikunyah untuk menyegarkan bau nafas dan juga membantu meningkatkan keinginan seksual.

7. MALT / BARLI
images-2

Berikut adalah beberapa Khasiat dan Manfaat Barli untuk kesihatan :-
  • Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.
  • Barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.
  • Pengambilan yang konsisten mampu mengelakkan penyakit jantung.
  • Barli bagus untuk kesihatan kolon (usus). Barli mempunyai kandungan serat yang tinggi menjadi makanan kepada bakteria baik yang tidak berbahaya dalam kolon dan membantu melancarkan pergerakan sistem pencernaan. Secara tidak lansung akan menghalang daripenyakit buasir dan kanser kolon.
  • Asid propionik dan beta glukan dari serat yang tak larut juga membantu mengurangkan kolesterol dan menghalang pembentukan batu karang.
  • Barli sesuai diamalkan oleh Pesakit diabetes kerana mempunyai banyak serat yang  mampu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
  • Barli kaya dengan selenium yang mana berfungsi mencegah kanser dan melegakan tanda-tanda lelah dan artritis.

8. GOAT MILK / SUSU KAMBING
images-2

Amalan meminum susu kambing memang diakui sejak dulu lagi dapat meningkatkan pengaliran susu badan ibu. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, kandungankalsium yang tinggi dalam susu kambing sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigiibu yang menyusukan. Kehebatan lain susu kambing ialah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protien & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lain. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi juga.
sumber:sini

wahhh banyk betul khasiatnya kan???
jadi,apa tunggu lagi??jadikan the mother's secret sebagai milk booster pilihan anda...
tapi kena ingat ya,walau apa pun milk booster yang kita amalkan,susu tetap takkan banyak kalau kita tak amalkan konsep asas penyusuan iaitu supply vs demand...pam setiap 2 jam sekali.air masak 3 L sehari...in syaa Allah,jika kita buat semua ni secara konsisten ditambah pula dengan pengambilan milk booster,susu akan bertambah in syaa Allah...
semuanya dengan izin Allah pastinya..

nak dapatkan produk hebat ni???
meh hubungi lynda ya..anda juga akan mendapat konsultasi percuma tentang masalah yang anda hadapi...hubungi lynda di:
sms/whatsapp;0105066089
email:lynndaollala@gmail.com
ASLINDA ARSHAD

Friday, 15 November 2013

Milk Booster Terbaik ~ The Mother's Secret

Assalamualaikum...

apa khabar pembaca ummiaddam???lynda harap semua sihat2 belaka ya..in syaa Allah...

pernah dengar produk the mother's secret???penah cuba???memang mengamalkannya???
alhamdulillah...bagi yang belum pernah mencuba produk hebat ni,meh nk cerita ek...the mother's secret adalah minuman coklat MILK BOOSTER...ya sangat sesuai untuk ibu2 yang sedang tercari cari penggalak susu/milk booster...

jom kita baca lebih lanjut tentang the mother's secret ni ya..

MS_742


THE MOTHER’S SECRET adalah produk minuman tambahan berperisa coklat yang bertindak sebagai MILK BOOSTER untuk membantu menambahkan pengeluaran dan meningkatkan kualiti tekstur susu ibu. Tidak seperti produk MILK BOOSTER yang lain, THE MOTHER’S SECRET adalah satu-satunyaproduk muslim jenama Malaysia yang memiliki pengiktirafan Islamic Manufacturing Practise (IMP) dan HALAL JAKIM selain keberkesanannya terbukti dapat dilihat dengan segera.
Puan Asma 1“THE MOTHER’S SECRET terhasil daripada idea ikhlas dan rahsia naluri hati saya sebagai seorang ibu yang menyokong penyusuan penuh susu ibu. THE MOTHER’S SECRET telah dirumus daripada 9 bahan 100% semulajadi khas untuk ibu-ibu yang menyusukan anak mereka agar lebih lancar dan sempurna. Semoga dengan lahirnya produk THE MOTHER’S SECRET ini akan menjadi wadah yang mampu menyuntik semula semangat ibu-ibu bagi merealisasikan impian penyusuan penuh susu ibu secara ekslusif kepada bayi mereka”
Puan Siti Asma binti Moin  ~ Pakar Laktasi Bertauliah Malaysia (MBFC) / Pengasas Produk THE MOTHER’S SECRET


testimoni 1

hot-chocolate

SIAPAKAH YANG PERLU MENDAPATKAN THE MOTHER’S SECRET?
522959_371914782890322_30261634_n
1. IBU YANG SEDANG MENYUSUKAN BAYI
Kebaikan dan Manfaat THE MOTHER’S SECRET  kepada mereka
  • Menambahkan pengeluaran susu ibu dengan kadar segera
  • Melancarkan pengaliran susu ibu
  • Memperbaiki tekstur susu ibu kepada lebih pekat seperti susu pada awal kelahiran bayi
  • Meningkatkan kembali tenaga fizikal dan kecergasan ibu sepanjang hari
  • Memberi keyakinan kepada ibu untuk menyusukan bayi oleh kerana pengeluaran susu yang sentiasa ada
  • Menjimatkan masa ibu semasa proses mengepam susu kerana stok susu diperolehi dengan kadar segera
  • Bayi akan cepat kenyang disebabkan pengeluaran susu ibu yang mencukupi dan tekstur yang pekat
JIKA ANDA IBU YANG SEDANG MENYUSUKAN BAYI IKUTI CADANGAN DI BAWAH UNTUK LIHAT KEBERKESANANNYA!!
>> Minum THE MOTHER’S SECRET 2 kali sehari waktu pagi (sarapan) dan waktu malam (makan malam). Sekiranya ibu mahu melihat hasil keberkesanannya dengan segera boleh juga diamalkan 3 kali sehari iaitu tambahan meminum pada waktu makan tengahari dan jangan lupa untuk banyakkan meminum air kosong <<
2. IBU YANG BARU MELAHIRKAN BAYI

Kebaikan dan Manfaat THE MOTHER’S SECRET  kepada mereka
  • Mengalakkan pengeluaran susu pertama ibu (Kolustrum) dengan cepat dan sangat baik untuk bayi
  • Mampu mengembalikan semula tenaga ibu selepas kelesuan dan keletihan semasa  proses melahirkan bayi
  • Meningkatkan kuantiti susu ibu dan secara tidak langsung melancarkan proses penyimpanan stok susu ibu apabila kembali berkerja kelak
  • Menambah keyakinan ibu untuk memberikan penyusuan susu ibu secara ekslusif kepada bayi sebaik melahirkan
  • Mengurangkan risiko penyakit jaundice (demam kuning) kepada bayi di awal kelahiran
JIKA ANDA IBU YANG BARU MELAHIRKAN BAYI, IKUTI CADANGAN DI BAWAH UNTUK LIHAT KEBERKESANANNYA!!
>> Minum THE MOTHER’S SECRET 2 kali sehari waktu pagi (sarapan) dan waktu malam (makan malam). Sekiranya ibu mahu melihat hasil keberkesanannya dengan segera boleh juga diamalkan 3 kali sehari iaitu tambahan meminum pada waktu makan tengahari. Jangan lupa untuk banyakkan meminum air kosong <<
3. IBU YANG SEDANG MENGANDUNG

Kebaikan dan Manfaat THE MOTHER’S SECRET  kepada mereka
  • Menjadikan ibu kekal bertenaga sepanjang hari
  • Membantu ibu mengatasi masalah kelesuan dan kepenatan
  • Membantu perkembangan dan tumbesaran bayi di dalam kandungan ibu
  • Menjadikan bayi yang akan dilahirkan sihat dan memiliki antibodi yang kuat
JIKA ANDA SEORANG BAKAL IBU IKUTI CADANGAN DI BAWAH UNTUK LIHAT KEBERKESANANNYA!!
>> Minum THE MOTHER’S SECRET 1 kali sehari waktu pagi (sarapan) semasa bayi di awal kandungan. Setelah usia bayi di dalam kandungan mencapai 8 bulan minum 2 kali sehari waktu pagi (sarapan) dan waktu malam (makan malam) untuk persediaan kelahiran nanti. <<
4. IBU YANG MENGAMBIL ANAK ANGKAT

Kebaikan dan Manfaat THE MOTHER’S SECRET  kepada mereka
  • Membantu pengeluaran susu ibu seperti baru melahirkan bayi sendiri
  • Dapat menyusukan bayi angkat seperti anak sendiri
  • Dapat membina hubungan kasih sayang yang lebih erat bersama anak angkat seperti anak sendiri
Dapat membina pertalian darah kekal (muhrim) sebagai ibu susuan kepada anak angkat

JIKA ANDA IBU ANGKAT YANG MAHU MENYUSUKAN SENDIRI BAYI, IKUTI CADANGAN DI BAWAH UNTUK LIHAT KEBERKESANANNYA!!
>> Minum 3 kali sehari waktu pagi (sarapan), waktu tengahari (makan tengahari) dan waktu malam (makan malam). Hasilnya amat berkesan!. Jangan lupa untuk banyakkan meminum air kosong <<

sumber:di sini

Alhamdulillah..untuk pengetahuan anda,the mother's secrec adalah gabungan makanan sunnah ya..ianya halal lagi baik..

The Mother's Secret Chocolate Drink
bagi ibu2 yng ingin menjadikan minuman ini sebagai milk booster anda,jangan segan2 untuk menghubungi lynda ya..anda juga akan mendapat konsultasi percuma tentang masalah yang anda hadapi...
hubungi lynda di:
sms/whatsapp:0105066089
email:lynndaollala@gmail.com
ASLINDA ARSHAD 

Thursday, 31 October 2013

Cara mudah untuk kurus dengan makanan semulajadi

Assalamualaikum...

haa sapa nak kurus???amboii mestilah ramai nak kan?nak kurus tapi takut nak makan ubat ubat kurus kat pasaran tu???taknak bahan kimia berbahaya???
takpa..makanan semulajadi kan ada,siapa kata real food tak boleh kuruskan badan???BOLEHHH LA...yang penting kena bersungguh sungguh la,kena disiplin,bukan hangat2 taik lembu ye...heheheh





ok jom kita tengok apa makanan semulajadi yang boleh menurunkan berat badan ni...

RESEPI KURUS LANGSING BERSAMA MAKANAN SEMULAJADI:

1.MINUMAN PATI DELIMA + CUKA BUAH
-1 gelas air
-1 sudu besar pati delima
-2 sudu besar cuka epal/cuka kurma/cuka anggur
-kacau dan minum!
-minum 3 kali sehari iaitu sebelum sarapan,sebelum makan tengahari dan sebelum makan malam
-rasanya masam2 manis,bagi saya sedap...hehe..
ummi dah try yang ni tau...fuhh memang selera makan berkuranggg...tak rasa lapar pun,kadang2 tak makan nasi pun 1 hari,sebelum ni kalau sehari nak makan nasi...tido tak lena ooo....hehe...alhamdulillah,best minum ni...terbaikk!

2.MINUMAN TEH HIJAU ATAU TEH JINTAN MANIS BERSAMA CUKA BUAH DAN MADU
-1 gelas teh hijau atau teh jintan manis
-2 sudu besar cuka epal/cuka kurma/cuka anggur
-1 sudu kecil madu asli
-kacau dan minum!
-minum 3 kali sehari iaitu sebelum sarapan,sebelum makan tengahari dan sebelum makan malam
-rasanya masam ,pahit dan kelat..
waaaa yang ni belum cuba lagi ni...hehe

3.MINUMAN TEH BUNGA RAYA ATAU TEH HALBA BERSAMA CUKA BUAH DAN MADU
-1 gelas teh bunga raya atau teh halba
-2 sudu besar cuka epal/cuka kurma/cuka anggur
-1 sudu kecil madu
-kacau dan minum!
-minum 3 kali sehari iaitu sebelum sarapan,sebelum makan tengahari dan sebelum makan malam
-rasanya masam semata mata ya..
yang ni pun belom cuba lagi!

4.JUS BUAH BERSAMA CUKA BUAH
-1 gelas sebarang jus buah..epal,tembikai,nanas...apa2 jus buah pun boleh ya...
-2 sudu besar cuka epal/cuka kurma/cuka anggur
-kacau dan minum!
-minum 3 kali sehari iaitu sebelum sarapan,sebelum makan tengahari dan sebelum makan malam
-rasanya masam2 manis saja...

5.JUS SAYURAN BERSAMA CUKA BUAH
-1 gelas jus sayuran...lobak merah,celery,tomato,timun...ikut kesukaan anda ya..
-2 sudu besar cuka epal/cuka kurma/cuka anggur
-kacau dan minum!
-minum 3 kali sehari iaitu sebelum sarapan,sebelum makan tengahari dan sebelum makan malam
-rasanya masam!

sumber:https://www.facebook.com/notes/yatt-lateef/resepi-minuman-slim-seksi-muda-menggunakan-cuka-buah-buahan/111699528877329

6.SERBUK KULIT KAYU MANIS BERSAMA MADU ASLI
-1 sudu teh kulit kayu manis
-1 sudu teh madu asli
-1 gelas air masak suam
-kacau dan minum!
-rasanya manis dan macam pedas2 sikit...sedap..segar ja lepas minum...
-minum 3 kali sehari iaitu sebelum sarapan,sebelum makan tengahari dan sebelum tidur ya..
yang ni pun dah cuba...sangatttt best!tapi pastikan guna serbuk kulit kayu manis yang pure tau,pastikan tak dicampur bahan lain..

haa dah dapat resepinya kan???apa tunggu lagi,meh la cuba,insyaallah berkesan dengan izin Allah..jom kurusss!!!hehe


ingin menjana pendapatan lumayan hanya dari rumah???jom sertai lynda bersama Qaseh Gold,anda akan diberi bimbingan dan support group disediakan untuk memudahkan anda untuk berjaya di dalam bisnes ini..nak join??meh hubungi lynda ya,sama2 kita mertabatkan makanan sunnah..
hubungi lynda di:
sms/whatsapp:0105066089
email:lynndaollala@gmail.com
ASLINDA ARSHAD~PENGEDAR QASEH GOLD ANDA~

Set Kesuburan Qaseh Gold Bantu Cepat Hamil

Assalamualaikum...


setiap pasangan yang berumahtangga pasti teramat menginginkan cahaya mata...ada yang cepat,ada yang lambat,namun percayalah rezeki itu di tangan Allah...jika sudah tertulis rezeki itu untuk kita,cepat atau lambat pasti akan sampai pada kita bila tiba masanya...

tapi,kita harus berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan...samalah dalam hal nak dapatkan cahaya mata ,kita perlu berusaha,berdoa dan akhir sekali bertawakal pada Allah..Allah suka pada hambaNya yang berusaha,jadi jangn putus asa jika anda masih belum mempunyai anak...ada orang yang berbelas tahun menanti dan berusaha untuk menimang cahaya mata,berusaha tanpa kenal erti penat,berdoa tanpa jemu pada Allah,dan bila tiba masanya,Allah makbulkan doa mereka...jadi,kenapa anda harus berputus asa???

masalah kesuburan slalu menjadi kerisauan setiap pasangan...masalah ini boleh berlaku pada suami sahaja,atau pada isteri sahaja atau pada kedua duanya sekali...namun jangn bimbang,setiap masalah Allah dah sediakan jalan penyelesaiannya..

antara punca terjadinya m asalah kesuburan ni adalah:
-gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang
-masalah hormon tidak seimbang
-masalah berat badan(berat badan terlalu kurang atau berlebihan)
-tekanan perasaan yang melampau
-tiub fallopian tersumbat
-endometriosis
-antibodi menyerang sel gamet(telur dan sperma)
-masalah pada rahim
-fibroid rahim
 masalah kesuburan lelaki:
-gangguan sperma tidak matang
-gangguan pengangkutan sperma
-impotensi(mati pucuk)
-minuman beralkohol

anda boleh menjalani ujian untuk mengenalpasti masalah kesuburan yang anda atau pasangan anda hadapi...
Qaseh Gold merupakan supplement/makanan tambahan yang insyaallah dapat membantu anda untuk mengatasi masalah kesuburan..
Qaseh Gold merupakan gabungan makanan sunnah seperti kurma,habbatussauda,air zam zam,buah tiin,delima,zaitun,zafran dan banyak lagi...ianya halalan toyyiban..selain menjadikan ia sebagai ikhtiar untuk hamil,anda juga akan mendapat pahala dengan niat makan kerana mengikut sunnah,insyaallah..

Bagaimana Qaseh Gold membantu???
-Qaseh membantu menstabilkan hormon
-menstabilkan mood
-memberi tenaga
-meningkatkan libido dan keintiman suami isteri
-mengatasi masalah kurang keinginan seksual
-mengatasi masalah wanita seperti keputihan dan haid tidak teratur
-meningkatkan kesuburan
-membina sel darah merah
-meningkatkan bilangan dan kualiti sperma
-membekalkan nutrisi kepada sistem peranakan

yang lagi best,Qaseh Gold ni semua lengkap dalam satu...tak perlu ambil banyak2 jenis,untuk isteri cuma ambil Qaseh Adinda dan Qaseh Kekanda untuk suami...mudah kan...rasa pun sedap,mcm makan kurma ja...harga pun sangat berpatutan dan mampu milik,sebotol rm71.90 sahaja..yang penting ianya halal dab berkualiti tinggi...

jika anda berminat untuk mendapatkan produk Qaseh Gold dan ingin mendapatkan konsultasi percuma tentang masalah yang anda hadapi,jangan segan2 untuk menghubungi lynda ya,lynda sangat berbesar hati untuk membantu anda...anda juga berpeluang menjana pendapatan bersama Qaseh Gold,ingin sertai saya di dalam bisnes hebat ini???jom,hubungi lynda sekarang ya..
hubungi lynda di:
sms/whatsapp:0105066089
email:lynndaollala@gmail.com
ASLINDA ARSHAD~PENGEDAR QASEH GOLD ANDA~

Saturday, 3 August 2013

Cara berkesan atasi keputihan wanita

Assalammualaikum..
 Apa khabar pembaca UMMI ADDAM????
harap semuanya sihat2 sentiasa ya..hari ni kita kupas sikit isu yang sangat dibimbangkan oleh kaum hawa...apa lagi kalau bukan masalah KEPUTIHAN...menyusahkan betul si keputihan ni,nak beraktiviti pun tak selesa,mood pun hilang tau...haa nak tau lebih lanjut pasal keputihan ni,meh baca sampai habis.. '

ni petikan dari blog lynda yang lagi satu,beautyummi.blogspot.com..sapa penah lawat beautyummi mesti penah baca post ni...sapa belum penah baca meh kita selongkarrr...hehe


                      

keputihan????pastinya tidak asing lagi bagi kita yang bergelar wanita kan??
keputihan adalah lendir yang bewarna jernih atau kelabu keputihan yang keluar dari faraj wanita...
ia mempunyai pelbagai sifat dan berbeza pada setiap wanita yang lain..
keputihan wanita merupakan masalah kedua wanita selepas masalah gangguan haid...

PUNCA KEPUTIHAN:
~keputihan yang tidak berubah warna kepada kekuningan atau kehijauan beerti tiada jangkitan 
~jika keputihan berlendir dan tidak membeku,berbau hanyir atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj,itu menendakan berlakunya jangkitan
~keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon ,perubahan mental,jangkitan ,alah pada ubat ubatan atau disebabkan penyakit dalaman 
~wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon
~keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid
~wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya
~keadaan stress mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan
~begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis,tiroid dan cenderung kepada penyakit

SIMPTOM SIMPTOM YANG MUNGKIN BERLAKU:
TRICHOMONAL VAGINITIS
-berbuih,lelehan kekuningan adalah simptom utama 
-biasanya menyebabkan cairan bewarna kehijauan dan rasa gatal

MONOLIAL VAGINITIS
-biasanya terjadi kepada pesakit yang  menghidap kencing manis ,mengandung atau pengambilan antibiotik atau pil perangcang keluarga
-tandanya ialah keluarnya cairan berwarna kelabu dan berbau

CERVICITIS
-biasanya akan disertai dengan sakit pinggang

JANGKITAN KULAT
-mengeluarkan keputihan berwarna putih atau kekuningan
-berlaku secara berterusan dan disertai rasa gatal
-kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monilliia

PENYAKIT YANG MENULAR MELALUI PERHUBUNGAN SEKS
-biasanya disertai dengan keluarnya cairan yang bersifat cheesy,berbau dan bercampur darah

KANSER PANGKAL RAHIM
-berlaku apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal dan biasanya disertai bau busuk

DIET SIHAT CEGAH KEPUTIHAN
~keputihan akan terjadi apabila toksin terkumpul di dalam tubuh akibat dari diet yang tidak teratur dan tidak sihat

~kegagalan organ yang biasanya menghapuskan atau menyahtoksik seperti kulit,hati,paru paru dan buah pinggang akan mengakibatkan toksin tersebut mencari jalan keluar dari tubuh

~maka terjadilah keputihan yang akan keluar melalui uterus dan mucous membrane yang dipanggil keputihan

~jika terdapat pengeluaran yang disertai nanah,berbau busuk,berwarna seperti krim(kekuningan),dan sedikit kehijauan ia boleh disifatkan sebagai kes yang perlu diberi perhatian dan memerlukan ubat serta rawatan untuk mengawal lelehan yang tidak diperlukan ini


SIMPTOM KEPUTIHAN:
~simptomnya hanya sekadar lelehan keputihan yang berlendir,seolah berbuih,melekit berwarna serta berbau

~selain itu berhati hati dengan tanda tanda ini:
*mengalami masalah kegatalan pada faraj
*tidak selesa apabila bersama suami
*perlu memakai panti liner setiap hari

~ãda sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan ini mengganggu aktiviti harian mereka

PERHATIAN!!
~masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita itu normal atau tanda sesuatu ppenyakit

~pengeluaran cairan dari vagin  adalah normal pada usia yang produktif,iaitu apabila cairan itu pada  kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit,jernih,tidak berbau dan tidak gatal

~kebiasaannya cairan yang keluar dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim yang bercampur dengan sel sel vagina serta bakteria

~jika berasaskan fisiologi,pengeluar cairan berlaku ketika ovulasi,ketika bermula dan selepas haid,rangsangan seksual dan dalam kehamilan

~sifat serta banyaknya keputihan  boleh menunjukkan sebab mengapa ia berlaku

~selain itu petunjuk laiin juga penting iaitu tempoh ia berlaku samada secra terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja,warna,bau dan disertai rasa gatal atau tidak


CONTOH LAIN PENYEBAB KEPUTIHAN:
VAGINITIS ATROPIK
-yang timbul di waktu usia lanjut(menopaus) yang pada kebiasaannya disertai rasa ngiludisebabkan kurangnya hormon estrogen

PENGAMBILAN UBAT
-contohnya seperti antibiotik iaitu ubat yang mengandungi estrogen

KEHADIRAN BENDA ASING
-seperti benang,kain atu benda lain yang secara sengaja/tidak sengaja di dalam vagina

ANTARA PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI:
~jaga kebersihan bahagian sulit

~tidak menggunakn ubat membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan...ia boleh menyenbabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang bertugas bagi melindungi dari kuman atau bakteria dari luar

~elakkan tekanan berlebihan

~penghidap kencing manis  mesti memastikan kadar gula dalam darah stabil

~segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan

~bersihkan vagina dengan cara yang betul iaiyu denagn membiilas vagina dari arah depan ke belakang(ke arah anus)

~gunkan seluar dalam yang kering...jika basah atau lembap,segera gantikan dengan yang bersih dan belum dipakai..tak ada salahnya jika anda membawa seluar dalam lebih sebagai langkah berjaga -jaga dan jika memerlukan

~selalu keringkkan bahagian vagina sebelum berpakaian

~bagi wanita yang sudah berkahwin,lakukan ujian papsmear sekali setahun bagi mengesan jika terdapatnya sel yang tidak diperlukan pada sekitar vagina

~pola hiidup sihat dan senaman/sukan yang teratur,pemakanan yang tept serta rehat yang cukup

~ketika haid,gantikan tuala wanita secara kerap supaya sekitar bahagian kewanitaan sentiasa bersih

~hindari pemkaian bedak dengan tujuan agar vagina harum dan kering sepanjang hari..bedak memepunyai partikel-partikel halus yang mudah terselit dan akhirnya mengundang kulat dan bakteria bersarang di tempat itu

~gunakan panty liner disaat perlu sahaja dan kalau boleh jjangan terlalu lama

~hindari seks bebas atau berganti  pasangan

haaaa tu dia,panjang lebar penjelasan kan???

MACAM MANA CARA BERKESAN UNTUK ATASI KEPUTIHAN NI????
jangan risau,setiap masalah ada penyelesaiannya...
untuk lynda,lynda pilih untuk selesaikan masalah ni bersama QASEH GOLD...
terbukti berkesan...saya sendiri dah alaminya dan ternyata kesannya sangat mengagumkan...cepat plak tu..lynda pilih qaseh sebab qaseh ni 100% semulajadi,berasaskan makanan sunnah,tanpa BAHAN KIMIA,dan pastinya halalan toyyiban...harga pun murah ja,500ml baru rm71.90...harga sangat berbaloi dengan kesannya..

minum 2 sudu besar sebelum sarapan,2 sudu besar sebelum tidur dan anda akan rasai perubahannya..rasanya pun sedap,macam makan buah kurma ja...hehe


inilah dia...QASEH GOLD ADINDA...alhamdulillah Allah temukan lynda dengan supplement hebat ni...yang paling buatkan lynda teruja,cepat betul kesannya pada lynda...badan pun sangat bertenaga sejak amalkan qaseh ni...susu pun makin banyakkk oooo...hehe

semua yang terjadi adalah dengan izin Allah...Allah yang menyembuhkan,supplement ni hanyalah penyebab...alhamdulillah...

anda juga nak bebas dari keputihan????jom la amalkan qaseh gold...ianya sangat berkesan pada lynda dan insyaallah kesannya juga terbaikkk untuk anda..

jika anda berminat untuk mencuba produk qaseh gold atau anda ingin mendapatkan konsultasi percuma tentang masalah yang anda hadapi,jangan segan2 untuk menghubungi lynda ya...lynda sangat berbesar hati untuk membantu anda...pengedar qaseh gold juga diperlukan..peluang menjana pendapatan lumayan menanti anda yang bersemangat tinggi dan bersungguh sungguh...berminat,sila hubungi lynda ya..
hubungi lynda di:
call/sms/whatsapp:0105066089
email:lynndaollala@gmail.com
ASLINDA ARSHAD~PENGEDAR QASEH GOLD ANDA ^_^

Makanan yang membanyakkan susu ibu~milk booster

Assalamualaikum semua...

MILK BOOSTER...ya sangat hangat di kalangan ibu menyusu pastinya...termasuklah lynda..sibuk ja cari milk booster sejak bergelar ummi ni...hehe..
mestilah sebagai ibu,kita mesti sedaya upaya nak pastikan stock susu untuk baby kita cukup kan...tak salah jika kita mengmbil makanan yang boleh membanyakkan susu ibu ya,tapi mesti diingatkan bahawa bukan semua makanan yang akn lynda senaraikan ni sesuai dengan semua ibu...sebab tu ada orang makan melimpah limpah susu dia,bila kita makan takda kesan pon...jadi kena try and error lah ye ibu ibu....dan yang paling penting,kena pastikan anak kita tak alah dengan makanan yang kita ambil tu ,jangan sampai baby naik ruam ke,cirit ke,sembelit ke,sebab anak yang menyusu susu ibu ni ,apa yang ibu makan akan sampai pada anak,sebab tu ibu kena jaga pemakanan....


bagi ibu yang baru bersalin pula,jangan makan sebarangan ya,sesetengah makanan tu elemennya sejuk jadi tak baik untuk ibu baru bersalin...mungkin orang akan pandang kita ni kolot sikit,berpantang ikut orang tua dulu...tapi kebaikkannya memang tak dapat dipertikaikan ya...tengok tok nenek kita dulu,ada yang mencecah umur 90 tahun masih sihat dan segar je...ni bukan rekaan ya,nenek lynda umur 80++ tahun masih sihat dan kuat,masih boleh angkut air dari perigi lagi tau...ni lah faedahnya,kesan jangka panjang...dulu muda muda memang betul2 pantang,benda berelemen sejuk 1-2 tahun tak makan tau lepas bersalin...sebab tu badan maintain je...zaman sekarang ni,dalam pantang lagi pun dah makan macam2 tak kira sejuk panas,pastu badan lembik,letih lesu,mudah sakit la,baru umur 40 dah tak boleh bangun la...ha masa ni baru nak merungut dah terlambat laaa...



jadi dalam usaha nak banyakkan susu tu,kesihatan badan mesti kenna jaga ya....
macam lynda,lynda amik supplement ja,badan cergas,susu banyak dan pastinya selamat untuk ibu baru bersalin...takda ragu ragu lagi....supplement apa yang lynda ambik????mestilah QASEH GOLD ADINDA + SOLE...best ooo...badan pun makin kurussssss...yahooooo...hahaha

alamak dah ceramah panjang lebar pulak...hehe
ok2,jom kita tengok apa makanan yang membanyakkan susu ibu ya...

~makanan yang kaya vitamin B (kekacangan,dhal dan lain2)
~kurma(makan begitu saja/hancurkan dan masukkan dalam susu panas/rebus dan minum airnya)
~jambu batu dan betik
~lobak putih dan peria(buat sup atau jus)
~sawi,kacang panjang,kacang buncis,jagung muda(goreng/buat sup)
~daun/pucuk meranti(masak lemak putih/tumis air /goreng)
~klorofil
~chlorella
~õat(buat minuman,biskut,bubur/salukan pada makanan yang hendak dimasak)
~madu(jadikan pemanis dalam minuman/sapu pada roti/cicah lempeng susu bersalut oat)
-air longan kering(rebus longan kering-boleh beli kat kedai ubat cina)
~sengkuang cina
~red raspeberry leave(supplement dari farmasi)
~halba(masukkan dalam masakan)
~habbatussauda
~barli
~pucuk manis
~pegaga(buat ulam/jus)
~jantung pisang(masak lemak/celur)
~daun kucai(goreng dengan tauhu/tempe)
~pucuk/bunga betik
~ãir soya dan produk soya seperti tauhu,taufufa dan tempe
~ãir horlicks
~susu/produk tenusu
~teh hijau jepun
~makanan yang mengandungi yis seperti roti,donut ,tapai dan sebagainya
~bawang putih
~ubat homeopati
~ãlfalfa
~makanan kegemaran ibu kerana dapat membangkitkan rasa gembira dan bahagia sekaligus dapat merangsang pengeluaran susu ibu

namun begitu,harus diingatkan ya,walaupun kita ambil makanan penggalak susu samada makanan semulajadi mahupun supplement,susu tetap akan kurang jika kita tidak melakukan konsep asa penyusuan iaitu supply vs demand dan kerap kosongkan payudara...bagi yang mengmbil supplement penyusan,jangan salah anggap ya..supplement hanya membantu ibu menjadi lebih sihat,cergas dan fit supaya penghasilan susu ibu dapat ditingkatkan,tapi konsep asas lah yang paling penting ya...bukan bila makan supplement ja,automatik susu akan melimpah ruah dan tak payah buat lagi konsep penyusuan tu..INI ADALAH SALAH SAMA SEKALI YA...WALAU APAPUN MAKANAN PENGGALAK SUSU YANG KITA MAKAN,KONSEP ASAS JANGN TINGGAL YA...


TIPS UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU IBU:
~kerap mengosongkan payudara,pam setiap 2-3 jam atau kerap susukan ank
~jangan tunggu payudara penuh baru nak pam susu ya...
~minum air 3 litre sehari
~jaga diri supaya tidak terlalu letih dan jangan stress sebab badan yang letih dan stress akan mengganggu penghasilan susu ibu
~jaga tidur,pastikan cukup tidur
~waktu pam susu,bayangkan wajah anak tercinta atau pandang anak,bagi yang berjauhan ,tengok ganbar anak sebab ini ssangat membantu merangsang penghasilan susu ibu
~bagi yang direct feeding,masa menyusukan ank,usaplah kepala anak,belailah dia dengan kasih asayng kerana sentuhan itu akan merangsang pengeluaran susu
~urut payudara,sambil urut tu janggn lupa doa pada Allah ya,doa supaya susu kita dibanyakkan dan semoga Allah mencukupkan keperluan ank kita,pejamkan matta dan bayangkan susu yang banyak sedang mengalir keluar dari payudara kita hanya untuk ank tersayang
~menyusu lebih lama,ikut kemahuan ank,jangan ikut jam ya,jangan hadkan waktu menyusu
~susukan ank pada waktu malam kerana waktu malam keadaan lebih tenang dan susu lebih banyak terhasil pada waktu malam,baby juga boleh menyusu lebih lama pada waktu malm
~yang penting sekali,mesti yakin!!yakin anda mesti boleh susukan ank anda,mesti boleh,mesti yakin!!!
~zikir ya matin 70 kali,waktu terbaik adalah waktu malm dan subuh




Add caption



Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

ibu ibu juga boleh mengamalkan:
~surah a Hujurat
~al Kauthar
~zikir ya Matin 70 kali setiap malam dan waktu subuh,hembuskan dalam air dan minum
~surah Yassin ayat 72-73
~baca bismillah dan selawat sebelum mengepam susu


haaa ni lah supplement kesayangan lynda...QASEH GOLD ADINDA DAN SOLE...ni lah milk booster pilihan lynda dan sangat berkesan pada lynda...

apa kandungannya?????

qaseh adinda adalah berasaskan makanan sunnah...kurma,habbatussauda,delima,madu,air zam zam semua ada dalam  ni...ditambah plak dengan herba seperti pegaga dan manjakani...100% semulajadi,TANPA BAHAN KIMIA...ianya halalan toyyiban...best ooo qaseh ni,bukan susu ja yang makin banyak,masalah2 wanita yang lain pun boleh diatasi...badan pun tak letih,cergas jaaa...hehe

SOLE????sole ni pati kristal mineral la...ia membekalkan 84 jenis mineral yang diperlukan oleh badan...bila badan dah sihat,penghasilan susu pun makin meriah laaa...terbaikkk kan..

tapi kena ingat,walau apa pun milk booster yang kita amalkan,konsep asas penyusuan mesti wajibbbbbb buat!supply vs demand..kerap kosongkan payudara,minum 3 litre air sehari..


tapi apa jua usaha kita,jangan lupa berdoa pada Allah...susu adalah rezeki,rezeki datang hanyalah dari ALLAH...hanya Allah yang Maha Pemberi Rezeki...susu yang mengalir dari tubuh ibu adalah kerana izin dari Dia ,tanpa izinNya,tiada setitis pun susu yang akan mengalir dari tubuh kita...sebab tu,sentiasalah mohon dariNya...nak susu banyak,minta Allah banyakkan...semua di tangan Allah,kita hanya mampu berusaha...Allah itu MAHA PEMBERI,MAHA PEMURAH,MAHA MENDENGAR RAYUAN HAMBANYA....jangan malu2 untuk minta dari Dia...
(^___________________________________________________^)



jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang produk QASEH GOLD,jika anda mahu mencuba produk hebat ini atau anda ingin mendapatkan konsultasi percuma tentang masalah yang anda hadapi,jangan segan2 untuk menghubungi lynda ya...lynda sangat berbesar hati untuk membantu anda...hubungi lynda di:
call/sms/whatsapp:0105066089
email:lynndaollala@gmail.com
ASLINDA ARSHAD~PENGEDAR QASEH GOLD ANDA
saya juga sedang mencari rakan niaga untuk bersama sama maju bersama Qaseh Gold...hanya berkerja di rumah,pendapatan lumayan menanti anda yang gigih berusaha..modal rendah,tak perlu simpan stok banyak2...berminat,hubungi lynda ya...bussines coaching percuma disediakan...