Assalamualaikum....
hari ni lynda nak kongsikan tips2 bagi anda yang ingin cepat hamil...harap2 sedikit sebanyak dapat membantu anda ya..
jom kita ikuti tips2 di bawah.. (^_^)
# Kenali apa itu kehamilan dan bagaimana ia berlaku....
- Jika anda memiliki kitaran haid yang teratur , setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan jika dalam masa itu anda melakukan persetubuhan bersama pasangan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan/fallopian tube,maka akan berlakulah persenyawaan...
- telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan.
-dengan mamahami proses bagaimana berlakunya kehamilan maka anda akan lebih peka dengan faktor2 yang mempengaruhi tahap kesuburan anda dan memahami apa punca wanita gagal hamil...
# Lakukan pemeriksaan kesihatan
- jumpalah doktor anda untuk mengetahui tahap kesihatan anda dan untuk memastikan anda bebas dari sebarang masalah kesihatan yang mengganggu kesuburan seperti cyst,fibroid,endometriosis dan sebagainya...
- masalah2 seperti ini sering dialami oleh kaum wanita tanpa sebarang gejala yang ketara dan menyebabkan anda tidak sedar bahawa anda menhidapi penyakit2 ini.
- penyakit2seperti ini dapat dikesan dengan melakukan dignosa,jika ianya dapat dikesan di peringkat awal dan anda mendapatkan rawatan yang berkesan,in syaa Allah peluang untuk hamil adalah tinggi sekali..
- sekiranya anda mempunyai kitaran haid yang teratur namun setelah 1-2 tahun mencuba untuk hamil tetapi gagal,anda boleh melakukan ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.
# Masalah berat badan????
- ya,jangan pandang remeh masalah berat badan ya...berat yang berlebihan atau terlalu kurang juga akan mendatangkan kesan pada kesuburan anda...
-dapatkan berat badan yang ideal,jangan berat sangat,jangan kurang sangat,idealkan berat anda..
# Ketahui waktu subur
-jika anda mengetahu waktu subur dengan tepat,peluang untuk anda hamil adalah sangat tinggi...
- waktu subur tak lama,hanya 3-5 hari ja sebulan..
-waktu subur boleh dikira dengan tepat bagi wanita yang mempunyai kitaran haid yang teratur..
-Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan.
- Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.
# Tambah kekerapan hubungan intim
- perkara ini adalah sangat penting jika anda mahu cepat hamil...
- lakukan hubungan seks sekurang kurangnya 3-4 kali seminggu dan lakukan setiap hari ketika tiba waktu subur...
- posisi seks juga memainkan peranan untuk membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position).
-Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik.
- Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.
# Kesuburan suami juga perlu diambil kira
-pastikan suami anda juga bebas dari masalah kesuburan..
-suami juga perlu menjaga kesihatan,pemakanan dan gaya hidup...
-elakkan pengambilan alkohol,rokok dan sebagainya...makan makanan seimbang,bersenam dan kawal berat badan
- jika suami menghadapi sebarang masalah berkaitan seks dan kesuburan,segeralah mendapatkan rawatan..
# Amalkan pengambilan supplement dan vitamin
-pengambilan vitamin/supplement adalah sangat disarankan jika anda merancang untuk hamil..
-supplement seeloknya diambil oleh kedua pihak iaitu suami dan isteri
# Lakukan senaman secara teratur
- jadikan senaman sebagai suatu kewajipan,paling kurang 3 kali seminggu..
- bersenam akan meningkatkan taraf kesihatan anda dan sebagai persediaan menghadapi tekanan ketika hamil dan bersalin kelak..
# Amalkan pemakanan seimbang
-pengambilan makanan yang seimbang dan sihat adalah amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil.
- PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.
- Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
- Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
- Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
- Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
- Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
-Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
-Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
# Atasi stress
-atasi stress dengan bijak,jangan biarkan stress merosakkan kualiti hidup anda...
-pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengatasi tekanan..sebagai contoh lakukan perkara yang anda suka dan menggembirakan anda..
-elakkan dari membesar besarkan hal yang kecil dan boleh diselesaikan..
-lakukan aktiviti yang menggembirakan bersama suami,pergilah bercuti bersama dan lakukan aktiviti yang anda gemari bersama...
-manjakan diri di spa dan sebagainya
-jangan pendam masalah sendirian,berkongsilah bersama suami,kawan atau keluarga yang rapat dengan anda..
# jauhi dadah/rokok/alkohol
-merokok,dadah dan alkohol bukan saja menjadi faktor terganggunya kesuburan malah boleh menyebabkan keguguran dan komplikasi kehamilan..
alhamdulillah..tu saja dulu tips untuk hari ni...
bagi anda yang ingin mengamalkan Qaseh Gold sebagai ikhtiar untuk cepat hamil,anda boleh dapatkannya melalui saya ya...
qaseh gold memang mendapat sambutan yang hangattt skali,dan alhamdulillah dengan izin Allah,telah ramai yang berjaya hamil bersama qaseh gold...
in syaa Allah lynda akan kongsikan testimoni2 mereka yang berjaya hamil,tapi nanti tau,bukan hari ni...hehe
nak dapatkan produk qaseh gold yang hebat ni???
hubungi lynda ya, lynda juga akan memberikan konsultasi percuma khas buat pelanggan setia ummiaddam...
hubungi lynda di :
sms/whatsapp 0105066089/email lynndaollala@gmail.com
aslinda arshad..
No comments:
Post a Comment
Apa kata anda?